30 June 1984

Perasmian kelompok SIB Labuan dan PENGIKTIRAFAN sebagai Gereja setempat.

Brief History of SIB in Labuan

House Prayer meeting (1972-1983)
Rev. Belcher and wife, also known as Pendeta Maripa and Pendeta. Ganit(amongst the locals) of BEM (Borneo Evangelical Mission) used to rest /vacation in Labuan (Pohon Batu).

In the year 1972, they were tasked to visit En. Anthony Sigar Siah, Charles Joseph and Charles Kapong and they started the first house prayer meeting at the youngster’s BOMBA quarters.

Year 1980 starts industrial development in Labuan. This stimulates job for the private sectors. Many Sarawakian and Sabahan (SIB members) took the opportunity and found themselves at home with similar congregation they are having back at home, i.e. conducted in Bahasa Malaysia. The house to house prayer meeting continues.

First committee and to have residing Pastor. (27 March 1983).
On 27 March 1983, first committee was formed, Henry Simon Rapu was elected the group leader. Core members at that time were En. Lawrence Mugang Balang, En. Anthony Sigar Sia, En. John Ballang, En. John Buayie, En. Charles Joseph, En. Charles Kapong Ganang, En. Sampson Ngimet, En. Peter Padan, En. Martin Lukas, En. Ginun Yangus and En. Philip Lalung. With the good office of En. James Lumandan, in March 1984 the group obtained approval from Chief Police District Officer on Labuan, to conduct their weekly service at Lot. No. 5, Tingkat 3, Bangunan Fung Lian Trading Sdn. Bhd., Jalan Tanjung Kubong, Labuan.

Officially as Church status (30th Jun 1984).
On 30th Jun 1984, the prayer group was declared as local church with 140 members. The historic moment was arrogated together by Pst. Jok Wan, SIB President of Sarawak and Pst. Arun Selutan SIB President of Sabah. VIPs present to witnessed are Borneo Evangelical Mission Director. Rev. Brian Mitchell, Rev. William Vun of COHS (Anglican Church Labuan).

July 1985 SIB Labuan moved to the abandon Anglican Church building (picture #1) and Pst. Saniel Angkut from SIB Taginambur was appointed as the first residing Pastor for Labuan. SIB Labuan reports to Sipitang as district controller.

(picture # 1)




July 1996 SIB Labuan finally moved to Pohon Batu. Under the pastorship of local youth from Kuala Penyu district, Pst. Albert Chong. Attempt to build a temporary building with moderate structure at Pohon Batu was not favored by the local authority. Reason given was; land title status (agriculture) does not allowing more then one building.

In the year 2000 with the support of Labuan Interchurch and members (fund rising drive), Pohon Batu land status issue was solved. Now Pohon Batu land status is “Recreation & Tourism” which allows to have more than one building.

PBRC (Pohon Batu Retreat Center) was planned and the mega project will accommodate a “comfortable and conducive place” for SIB members in Labuan, migrating youth, students and future generation that wish to have “a seaside environment” to rejuvenate their strength before working out another outreach to this region.

Sejarah Pembukaan SIB di Pulau Labuan

Tahun 1972
Bermula dengan kelompok kecil yang dianggotai oleh beberapa keluarga yang berkhidmat dengan Jabatan Perkhidmatan Bomba; En. Charles Joseph, En. Charles Kapong Ganang, En. Anthony Sigar Sia dan beberapa lagi. Bilangan anggota kelompok sekitar sepuluh (10) orang membuatkan mereka memutuskan untuk mengadakan perkumpulan secara bergilir-gilir dari rumah ke rumah. Perpindahan pekerjaan membuatkan perkumpulan ini tidak dapat dijalankan dengan konsisten.

27 Mac, 1983
Kegiatan aktif semula dengan penubuhan Ahli Jawatankuasa Sementara untuk mengendalikan kegiatan serta memperkukuhkan lagi kedudukannya. Jawatankuasa itu dianggotai oleh En. Henry Simon Rapu, En. Lawrences Mugang Balang, En. Anthony Sigar Sia, En. John Balang, En. John Buayie, En. Charles Joseph, EN. Charles Kapong Ganang, En. Sampson Ngimat, En. Peter Padan , En. Martin Lukas dan En. Ginun Yangus. Sejak penubuhan jawatankuasa itu, kedatangan dalam perkumpulan tiap-tiap minggu ialah tiga belas (13) orang dewasa tidak termasuk kanak-kanak. Menjelang Oktober 1983, kedatangan telah mencapai tiga puluh (30) orang. Tempat perkumpulan sementara ialah di kediaman En. Lawrence Mugang Balang, En. John Buayie dan En. Ginun Yangus.

November 1983 - Mac 1984
Atas khidmat, nasihat dan bantuan En. James Lumandan, kelompok ini semakin berkembang. En. James yang bertugas untuk satu tempoh yang singkat sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Labuan ketika itu meluangkan masa untuk kelompok ini. Atas usaha beliau, kebenaran diperolehi dari Ketua Polis Daerah Labuan untuk mengadakan ibadah setiap minggu di Lot No. 5, tingkat 3 Bangunan Fung Lian Trading Sdn Bhd, Jalan Tanjung Kubong, Labuan. Sebagai Penasihat Pentadbiran Kelompok, segala hal berkaitan pentadbiran kelompok dirujuk kepada beliau.


30 Jun, 1984
Tempat beribadah yang disewa di Bangunan Fung Lian Sdn Bhd dibuka secara rasminya. Perasmian dilakukan bersama oleh En. Jok Wan (Ketua SIB Sarawak ketika itu) dan En. Arun Selutan; kini Pastor Datuk Arun Selutan (Ketua SIB Sabah ketika itu) dengan disaksikan oleh lebih kurang seratus empat puluh (140) orang hadirin termasuk Rev. Brian Mitchell (Pengarah Borneo Envangelical Mission ketika itu) serta Rev. William Vun (gembala Gereja Our Holy Saviour Anglican Labuan ketika itu).
Ruang ibadah itu disewa pada kadar RM170.00 (seratus tujuh puluh ringgit) sebulan. Penggunaan ruang itu pula terhad kepada hari Ahad sahaja.

Julai 1985
Gereja Our Holy Saviour Anglican Labuan berpindah ke bangunan gereja baru (yang ada sekarang) setelah bangunan itu siap dibina. Rev. William Vun (gembala Gereja Our Holy Saviour Anglican Labuan ketika itu) dan pihak atasan gereja Anglican kemudiannya bersetuju memberi kebenaran kepada kelompok SIB untuk menggunakan gereja lama mereka (sudah dirobohkan dan kini menjadi tapak Hotel Mariner Labuan). Tempat itu disewa dengan kadar yang lebih kurang sama dengan ruang di Bangunan Fung Lian Sdn Bhd.



Julai 1986

SIB Labuan berpindah ke Pohon Batu (tanah peninggalan BEM-Borneo Evangelical Mission di Labuan)dan kebaktian diadakan di ruang atas Rumah Rehat Pohon Batu. Janji Iman dijalankan agar bangunan gereja dapat dibangunkan. Bangunan yang belum siap sepenuhnya walaubagaimanapun dirobohkan atas arahan pihak berkuasa tempatan memandangkan tiada kebenaran diperolehi. AJK SIB Labuan kemudiannya mengambil langkah mengubahsuai ruang bawah rumah (kolong rumah) untuk dijadikan ruang ibadah.


Sebelum (tahun 90-an) dan selepas
1 Disember, 1996
Ruang ibadah yang baru (yang ada sekarang) dirasmikan oleh Pst. Taipin Molidoi (Presiden SIB Sabah ketika itu). SIB Labuan berusaha membuatkan ruang tersebut selesa dengan mengubahsuai ruang tersebut dan menambah alat penghawa dingin dan memasang lantai jubin.

Tahun 2000
Status "Tanah Pertanian" akhirnya berjaya ditukar ke "Tanah Rekreasi & Pelancungan" yang membolehkan pembinaan lebih dari satu bangunan pada masa akan datang. Kejayaan ini berkat daripada sokongan doa dan kewangan (melalui Program Jogathon) daripada gereja-gereja SIB Sabah , SIB Sarawak , terlebih sokongan daripada Interchurch Labuan (Gabungan Gereja-gereja Labuan).

Tahun 2002
Para pemimpin gereja bersetuju untuk membuka satu cawangan di tengah-tengah bandar Labuan untuk memenuhi keperluan warga Bandar yang bekerja, agar dapat mengikuti kebaktian walaupun terpaksa bekerja pada hari Ahad pagi. Kebaktian di SIB Cawangan Bandar bermula jam 7.30-9.00 pagi setiap Ahad. Kehadiran sangat menggalakkan terutamanya dari kalangan pekerja. Pelayanan setiap minggu diambil oleh Pst. Saulkment (gembala SIB Pohon Batu/ SIB Labuan ketika itu) dan juga dari kalangan pemimpin-pemimpin sidang SIB Pohon Batu.


Pada 31 Disember 2002, SIB Bandar Labuan menjadi sebuah gereja yang mandiri dengan Dkn. Hunik Lomudin dipilih sebagai ketua sidang dan dibantu oleh Dkn. Jaine Radin sebagai timbalan ketua sidang.